Sunday, January 23, 2011

Hari Ahad pergi Pasar Malam Kg. Boyan nampak ada orang jual ubi kayu beli 2 kilo ingat nak buat bingka ubi dan talam ubi







Kuih bakar ubi

bahan-bahan:
1 kg ubi kayu -  diparut
400ml santan pekat (2 kotak santan)
1 cawan gula pasir (200 ml)
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt garam
1 camt esen vanila
sedikit pewarna kuning
2 sudu mentega
minyak sapi atau mentega - untuk sapuan pada acuan

cara:
1.                  sapukan acuan kuih dengan minyak sapu atau mentega. ketepikan
2.                  satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan dan kacaukan             sehingga gula larut dan semua bahan sebati
3.                  tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180-200C (bergantung pada oven masing2) selama 1 jam 10 min atau sehingga masak
4.                  setelah masak biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

Saturday, January 22, 2011

Hari ini sepatutunya ada kelas tambahan tapi ramai pelajar x dapat datang kerana mempunyai program katanya nak pergi zoo (sapa nak tengok sapa tu.. he..he..). jadi kena duduk rumah orang rumah ada kelas ganti Tahun Baru Cina.......

Bila tayang gambar kek kat FB, ramai yang minta resepi jadi letaklah resepi Kek Carrot, Kek ni buat masa cuti kami berempat makan  x habis buang lebih drp suku sayang sangat, kalu hari sekolah dapat juga kongsi dengan rakan dan pelajar

Kek Carrot









Bahan
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik (preferably bluekey)
1st baking powder
1st soda bicarbonate
1/2st cinnanom powder
1/4st garam
3/4cwn brown sugar
1cwn gula castor
4biji telur
1cwn minyak jagung
1cwn mentega cair
3cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang

Topping
3/4 ketul cream cheese
3sm mentega
1/3 cwn icing sugar
1st lime juice
(kalau nak more creamy lagi lebihkan butter/krimwell)

Cara
Panaskan oven 180C
Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
Putar adunan sehingga lebut/gebu.
Masukkan walnut dan kisar sebentar
Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
Biarkan sejuk...buatkan topping

Hiasan Krim Keju
Masukkan semua bahan dalam mangku

Friday, January 21, 2011

Bila letak gambar cheese kek blueberry ari tu ramai yg minta resepi, semua resepi saya adalah dari internet dan telah dicuba oleh itu saya minta izinlah dari tuan punya resepi untuk letak dlm blok saya



BLUEBERRY CHEESE CAKE




Bahan Bahan Saya guna yg ini (tq Pauline Ng)

: *BASED
100g cookie crumb
100g almond nut
15g brown sugar
90g melted butter
Cara
1)hancurkan cookie,almond nut then add in brown sugar.
2) add in melted butter into the cookie and almond nut
3) pour it into a tray/alluminium foil.press in tightly then baked for 5mins in 200'c api (up and down)

atau ni pun boleh
Kulit:-
mentega 110gm dicairkan
biskut digestive 200gm dihancurkan halus-halus
gula perang 2 sudu besar mumbong
kepingan badam 50 gm dipanggang

Inti:-
krim keju 500gm didadu
mentega 30gm
gula caster 120gm
kulit lemon diparut daripada 1 biji lemon
jus lemon diperah daripada 1 biji lemon
tepung jagung 30gm - diayak
whipping cream 300ml - Ana guna jenis UHT whipping cream
telur 4 biji, dipukul sedikit
inti beri biru 150gm

Hiasan atas:-
serbuk gelatin 1 sudu teh
air 30ml
inti beri biru 150gm

cara:

Kulit: cairkan mentega di dalam periuk di atas api kecil. Masukkan biskut, gula perang dan badam dan gaulkan. Tekan adunan ini ke dalam acuan loyang 9" hingga padat. Tutup acuan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min.

Inti: Pukul keju krim dan mentega sehingga tidak berbintil-bintil. Tambah gula,kulit dan jus lemon dan tepung jagung. Pukul sehingga sebati. Masukkan krim dan pukul sehingga adunan pekat. Tambah telur sedikit demi sedikit dan pukul adunan sehingga sebati.

2.Tuang separuh inti ini ke dalam kulit. Dengan berhati-hati, ratakan inti beri biru rata-rata di atas inti keju. tuang inti keju yg selebihnya ke atasnya.

3.Letak acuan ke dalam berisi air. Bakar selama 1 jam atau sehingga inti keras tetapi masih lembut di bahagian tengahnya. Tutup suis ketuhar dan biarkan kek di dalamnya selama 30 min.Keluarkan bekas air dari ketuhar. Biar kek betul-betul sejuk di dalam ketuhar dgn pintu direnggangkan sedikit.

4.Tutup acuan kek dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 6 jam.

Hias Atas: Tabur gelatin di dalam air dan biarkan selama 5 min. Kacau di atas api kecil sehingga campuran menjadi jernih. Masukkan inti beri biru dan kacau. Keluarkan kek dari acuan dan bubuh campuran gelatin dan beri biru diatasnya.Sejukan didalam petis sejuk sebelum dihidang... 



Thursday, January 20, 2011

Mula Nak Blogging


Assalamualikum, dah lama nak buat blog ni, tapi x tahu apa nak tulis, oleh kerana suka sangat memasak, banyak resepi yg disimpan dlm hard disk hilang diserang virus x ada backup, abis semua koleksi resepi yg dikumpul bertahun-tahun (tu yang buat blog ni...) agar semua masakan/resepi tersimpan dlm blog kalau computer buat hal masih lah ada lagi backup dlm blog


Resepi Pertama Hari ambil dari sini Cucuq Roti, gambar x berapa menarik










Bahan-Bahan
• 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
• 2 biji telur (saiz besar)
• 3 batang cili merah ~ dihiris
• 1 biji bawang besar ~ didadu halus2

.• sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus
• 2 sudu teh serbuk lada putih  sy x bubuh
• garam secukup rasa
• perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)  sy x bubuh saya guna udang kering tumbok kasr
• minyak utk menggoreng
Cara-cara
• Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
• Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. ( ramas2 agar padat isinya)
• Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
• Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
• Hidangkan bersama sos cili/kuah kacang