Thursday, January 20, 2011

Mula Nak Blogging


Assalamualikum, dah lama nak buat blog ni, tapi x tahu apa nak tulis, oleh kerana suka sangat memasak, banyak resepi yg disimpan dlm hard disk hilang diserang virus x ada backup, abis semua koleksi resepi yg dikumpul bertahun-tahun (tu yang buat blog ni...) agar semua masakan/resepi tersimpan dlm blog kalau computer buat hal masih lah ada lagi backup dlm blog


Resepi Pertama Hari ambil dari sini Cucuq Roti, gambar x berapa menarik










Bahan-Bahan
• 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
• 2 biji telur (saiz besar)
• 3 batang cili merah ~ dihiris
• 1 biji bawang besar ~ didadu halus2

.• sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus
• 2 sudu teh serbuk lada putih  sy x bubuh
• garam secukup rasa
• perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)  sy x bubuh saya guna udang kering tumbok kasr
• minyak utk menggoreng
Cara-cara
• Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
• Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. ( ramas2 agar padat isinya)
• Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
• Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
• Hidangkan bersama sos cili/kuah kacang

2 comments:

  1. terbaiklah cikgu!

    tukang masak pon cikgu jugak ;))

    ReplyDelete
  2. cikgu pandai masak?/tak pernah tahu, wa, hebat2, tabik

    ReplyDelete